BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN Strategi pengurusan bilik pembelajaran membincangkan berkaitan bagaimana guru menguruskan atau menjadikan sebuah bilik atau tempat belajar itu dengan baik supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar. Bilik pembelajaran boleh didefinisikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan tempat yang terpenting yang mesti ada di sekolah. Ia juga merupakan tempat dimana guru dan pelajar sama-sama berjuang untuk mencapai matlamat masing-masing. Bilik pembelajaran juga merupaka tempat dimana berlakunya interaksi antara guru dan murid. Pengurusan pula merupakan kerjasama yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencapai suatu matlamat yang telah ditetapkan oleh orgabisasi tersebut. Manakala
BAB 14: PENGURUSAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21) Di Malaysia, Kementerian telah mengenalpasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyeidkan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran Belajar Abad ke-21 Kemahiran Maklumat & Komunikasi Literasi maklumat & media Kemahiran berkomunikasi Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah Pemikiran kritikal dan bersistem Penyelesaian masalah Kreativiti & semangat meneroka Kemahiran Interpersoal & Arah Kendiri Kemahiran interpersonal dan kolaborasi Arah kendiri Akauntabiliti & adaptasi Tanggungjawab Sosial Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam usaha menjayakan pendidikan abad ke-21 ini. Hal demi