Langkau ke kandungan utama

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Strategi pengurusan bilik pembelajaran membincangkan berkaitan bagaimana guru menguruskan atau menjadikan sebuah bilik atau tempat belajar itu dengan baik supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar.
     Bilik pembelajaran boleh didefinisikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan tempat yang terpenting yang mesti ada di sekolah. Ia juga merupakan tempat dimana guru dan pelajar sama-sama berjuang untuk mencapai matlamat masing-masing. Bilik pembelajaran juga merupaka tempat dimana berlakunya interaksi antara guru dan murid. Pengurusan pula merupakan kerjasama yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencapai suatu matlamat yang telah ditetapkan oleh orgabisasi tersebut. Manakala bagi startegi pengurusan bilik pembelajaran pula merupakan suatu proses yang memerlukan kerjasama antara guru dan murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan matlamat pada hari tersebut.
Persekitaran pembelajaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku dan interaksi social antara pelajar. Persekitaran pembelajaran juga boleh dirancang dan diurus dengan baik bagi membolehkan pelajar belajar dengan selesa, mengumpul maklumat pembelajaran secara aktif, menimba pengalaman yang bersesuaian, menilai pembelajaran sendiri dan membuat maklum balas terhadap pengalaman peribadi dalam pelbagai konteks.
           Startegi  pengurusan bilik darjah dapat dilihat berdasarkan kepada unsur fizikal bilik pembelajaran iaitu sistem penyimpanan rekod dan pengurusan bilik pembelajaran. Seterusnya, interaksi juga merupakan salah satu startegi pengurusan bilik darjah di sekolah.
1. Unsur fizikal bilik pembelajaran
cara penyusunan bilik pembelajaran iaitu termasuk susunan meja dan kerusi, pengurusan rutin bilik dan penyimpan rekod bilik pembelajaran tersebut.
2. Interaksi
Satu proses yang saling bertindak yang berlaku diantara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Interaksi terbahagi kepada empat iaitu
1. Interaksi sehala iaitu antara guru dengan pelajar
2. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar
3. Interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar
4. Interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dengan pelajar, pelajar  dengan pelajar.

               Seterusnya, pengurusan iklim pembelajaran juga penting kerana ia akan mempengaruhi keadaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Suasana pembelajaran yang positif akan menggalakkan murid-murid untuk terus menyertai pembelajaran pada hari tersebut. Iklim pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Persekitaran pembelajaran adalah penentu utama dalam pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran pelajar boleh dipertingkatkan dengan mencipta persekitaran yang bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajar serta selari dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
               Kesimpulannya, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang positif guru hendaklah mempunyai startegi yang berkesan. Hal ini untuk memastikan murid merasa seronok dan akan terus berada dalam kelas tersebut. Guru memainkan peranan yang penting sebagai ‘role model’ dalam pengurusan bilik darjah. Berjaya atau tidak murid menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru dalam menyampaikan pengajaran. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan startegi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik.

Rujukan
k 7 . Startegi Mengurus Bilik Pembelajaran. Dimuat turun daripadahttps://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-Strategi-Mengurus-Bilik-Pembelajaran (29Oktober2018)
Che Nidzam Che Ahmad. (2016). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Dimuat turun daripadahttps://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN (1November2018)

Shockgadof.  (2011). Pengurusan Pembelajaran Startegi Mengurus Bilik Darjah. Dimuat turun daripadahttps://www.slideshare.net/shockgadof/pengurusan-pembelajaran-strategi-mengurus-bilik-darjah  (1November2018)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. 2.       ISI PENTING Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mere...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pen...

KPS 3014 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN)

KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN) www.blogspot.com/pengurusanpembelajaran2019 BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran malah akan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengurusan biasanya adalah untuk mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kerja kepada pelajar supaya kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut,  Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan . Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh   pengalaman yang dilalui ( Slavin 1997, Mazur 1990, Rocklin 1987). Namun begitu ,   perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan tumbesaran   bukanlah merupakan...