Langkau ke kandungan utama

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN



PENDAHULUAN
Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.

2.      ISI PENTING
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.
Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.


Konsep Pengajaran

  • Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
  • Pengajaran berkesan iaitu Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar
  • Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
  • Pengajaran merupakan aktiviti intelek
  • Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian
  • Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka
  • Terdapat dua jenis pengajaran  iaitu pengajaran terkini dan tradisional
  • Dalam pengajaran terkini, terdapat  pengajaran  yang memusatkan kepada murid
  • Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru





Ciri-ciri Pengajaran

  • Mempunyai unsur utama iaitu guru dan murid
  • Guru sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai murid
  • Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa & simbol
  • Dijalankan dengan pelbagai bentuk
  • Meliputi segala aspek Proses melibatkan interaksi dua hala
  • Mengandungi unsur sains dan unsur seni



Ciri-ciri Pembelajaran

  • Peringkat mengikut turutan
  • Rangsangan Pemikiran Perubahan Tingkah Laku
  • Perubahan tingkah laku dari tahap rendah ke tinggi
  • Proses yang berterusan & akan berhenti apabila hilang motivasi atau motif pembelajaran yang    sesuai
  • Pembelajaran akan berlaku dari pengalaman atau latihan
  • Perubahan tingkah laku dibentuk dari proses pemikiran dan penanggapan
  • Berlaku atas usaha sendiri mengikut motif atau motivasi seperti keinginan belajar



RUMUSAN



Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah.Selain itu,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pen...

KPS 3014 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN)

KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN) www.blogspot.com/pengurusanpembelajaran2019 BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran malah akan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengurusan biasanya adalah untuk mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kerja kepada pelajar supaya kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut,  Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan . Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh   pengalaman yang dilalui ( Slavin 1997, Mazur 1990, Rocklin 1987). Namun begitu ,   perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan tumbesaran   bukanlah merupakan...