BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya
merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini
lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas
peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau
mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan
khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak
berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran
perdana.
Kajian mengeni pengurusan murid
pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan,
pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan
pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk
memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk
belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya.
Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang
tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai
keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran
luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah
bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan
seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan
mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam
kajian ini.
Pengurusan Murid untuk Pemulihan dan
Pengayaan
Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam
keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan
pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya,
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut
Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri
Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas
yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran
dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program
pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.
Program Pemulihan merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan
sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran
atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
pula, program pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program Pemulihan Khas yang
dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka meguasai kemahiran asas 3M. Menurut
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh
Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar
Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang
menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan
merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan
program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya
pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai,
golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka
dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam
kelas.
Pengayaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag
menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha,
proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa
kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar
kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam
kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan
cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai
upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan
pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini
yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada
murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan
kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri
tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini
bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap
individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut
merangsang peemikiran murid.
Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan
aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam
kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar
daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala
pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan
dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat
yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan ini haruslah mengendungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.
Ciri-ciri
Kanak Pemulihan
·
Rendah diri
·
Pasif
·
Mengganggu rakan
·
Kerap tidak hadir sekolah
·
Lemah pemahaman
·
Malas
·
Cepat bosan
Peranan Guru
·
Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
mengikut personaliti murid.
·
Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid
PENGAYAAN
·
Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai
satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
itu.
·
Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan
perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar
Konsep Pengayaan
·
Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam
penguasaan kemahiran asas.
·
Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
·
Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
Objektif Pengayaan
·
Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan
mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke
arah perkembangan diri dan bakat mereka.
Jenis Pengayaan
·
Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada
kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
·
Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan
bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
BERKEPERLUAN KHAS
·
“Individuals
who differ from societal or community standards of normalcy. These differences
may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural
characteristics. Many of these children may require educational program
customized to their unique needs” -Garciulo (2003)
Pintar Cerdas
·
Menurut
Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal
pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang
lain.
Ciri-ciri Pintar Cerdas
·
Perbendaharaan
kata yang lebih luas,
·
Mempunyai
kematangan dari segi penggunaan istilah,
·
Keistimewaan
dalam matematik,
·
Mencari
kesempurnaan kendiri,
·
Tidak
mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,
·
Petah
berkomunikasi.
Pendidikan Pintar Cerdas
·
Kurikulum
akademik yang diubahsuai.
·
Kurikulum
sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
·
Mengandungi
proses berfikir secara kritis dan kreatif.
Autisme
·
Autisme
bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam
aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
Ciri-ciri Autisme
·
Sukar
berkomunikasi
·
Mengelak
untuk bertentang mata
·
Emosi
tidak seimbang
·
Mencedera
diri sendiri
·
Sukar
memahami orang lain
·
Pasif
Pendidikan Autisme
·
Pendidikan
di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
·
Program
bersepadu dan terancang.
·
Pendekatan
yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
·
Pendidikan
inklusif
Disleksia
·
Disleksia
merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius.
Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta
huruf.
Ciri-ciri Disleksia
·
Disparaxia
(masalah koordinasi motor-mata-tangan).
·
Diskalkulia
(merujuk kepada masalah matematik).
·
Disgrafia
(merujuk kepada bahasa).
Pendidikan Disleksia
·
Pendekatan
multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai.
·
Menggabungkan
beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan
pergerakan.
·
Deria-deria
ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar
disleksia.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
·
Diasaskan
oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
·
Menurut
beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia
juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang
pendidikan dan suasana pembelajaran.
·
Memperkenalkan
9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
Kecerdasan Logik-Matematik
·
Pelajar
mempunyai kelebihan dalam matematik.
·
Golongan
yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif
dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis.
·
Kemahiran
dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara
konseptual dan abstrak.
Kecerdasan Verbal-Linguistik
·
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam
menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
·
Memahami
bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu
perkataan.
·
Mahir
dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur
bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan
pengucapan awam.
Kecerdasan Muzik
·
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari,
mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan
perasaan melalui muzik.
·
Peka
terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti
binatang, guruh dan angin.
·
Kecerdasan
muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
Kecerdasan Kinestetik Badan
·
Individu
jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada
sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi.
·
Mempunyai
kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka.
·
Mereka
juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
Kecerdasan Interpersonal
·
Golongan
ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
·
Mereka
berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan
tabiat orang lain.
·
Mudah
bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi yang ada.
Kecerdasan Intrapersonal
·
Mempunyai
kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang
diri sendiri.
·
Mereka
berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
·
Mampu
menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup
berdikari.
·
Suka
bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara
Kecerdasan Ruang Visual
·
Individu
ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi
yang agak tinggi.
·
Peka
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran
mereka.
·
Mampu
berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian
alam sekitar dengan tepat .
Kecerdasan Naturalis
·
Mempunyai
kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada
pada alam sekeliling.
·
Golongan
yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam
terbuka.
·
Sangat
sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu
sejagat serta meminati unsur kejadian alam.
Kecerdasan Eksistensialis
·
Mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui
oleh golongan manusia.
·
Golongan
ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang
muncul dalam fikiran mereka.
·
Golongan
ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang
berkembang pada masa kini.
·
Pelajar-pelajar
pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif
yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk
mereka mencapai potensinya.
·
Walau
bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan
kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social
isolation) kepada mereka.
Ulasan
Catat Ulasan