Langkau ke kandungan utama

BAB 12: SEKOLAH & PERSEKITARAN


BABAB 12: SEKOLAH & PERSEKITARAN
 
SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 
Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar. 

PERSEKITARAN FIZIKAL
  • Susunan dan reka bentuk fizikal
  • Sumber bahan pembelajaran
  • Pencahayaan
  • Ruang atau sudut pembelajaran
  • Pengudaraan
  • Perabot
  • Kebersihan

SEKOLAH  DAN  PERSEKITARAN


PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
  • Suasana selesa dan mesra
  • Suasana yang merangsang pembelajaran
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif 
  • Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
  • Memberi peluang yang sama kepada semua murid

CIRI-CIRI IKLIM KELAS YANG KONDUSIF
  • Hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya
  • Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah
  • Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
  • Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
  • Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
  • Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat
  • Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
  • Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanakbelajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
  • Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
  • Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat. 


CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
  • Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian
  • buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa
  • Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru
  • Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah
  • Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka
INSTITUSI MASYARAKAT ATAU PIHAK LUAR
  • Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi 
  • pendidikan seseorang pelajar
  • Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru
  • Contoh:
  • Persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun 

KESIMPULAN


Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. 2.       ISI PENTING Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mere...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pen...

KPS 3014 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN)

KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN) www.blogspot.com/pengurusanpembelajaran2019 BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran malah akan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengurusan biasanya adalah untuk mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kerja kepada pelajar supaya kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut,  Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan . Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh   pengalaman yang dilalui ( Slavin 1997, Mazur 1990, Rocklin 1987). Namun begitu ,   perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan tumbesaran   bukanlah merupakan...