Langkau ke kandungan utama

BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN


BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

DEFINISI ORGANISASI:
      •Kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu.
   •Suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins,2003) 
DEFINISI KEPIMPINAN
•Keupayaan memimpin melalui teladan.
   •Satu aktiviti yang kompleks, didefinisikan pelbagai cara,bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin (Amir Hasan Dawi, 2006).

       Gaya dan Kepimpinan yang digunakan di sekolah:

1) demokratik
2) autokratik
3) laissez-faire
4) islamik
                  5) kontigensi                    
                          

 Bidang Tugas Organisasi Sekolah:
1) Pengetua:
     - bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaan selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
     - mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
     - bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah

 2) Penolong Kanan Pentadbiran 
- Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
          -Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal ehwal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
       -Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
       -Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

3) Penolong Kanan Hal Ehwal
   -Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan PK 1
     -Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
     -Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal ehwal kauseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama  
      -Membantu pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti yang dinyatakan 
      -Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

4) Penolong Kanan Kokurikulum
    -Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua, PK1 dan PK2
   - Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua 
    - Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal ehwal kokurikulum termasuk sidang petang
    - Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah  
5) Penolong Kanan Petang
    -Membantu pengetua dalam kurikulum  
    -Membantu pengetua dalam urusan pentadbiran  
     -Menguruskan disiplin dan kebajikan  
     -Pengurusan kakitangan pada sesi petang  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 10:  PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA   Definisi Budaya   Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Definisi Pelbagai Budaya -Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori Sosial Pelbagai Budaya terbahagi kepada 3 : 1.       Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori ini jelas tidak berpegang kepad...

BAB 6: PENGURUSAN SUMBER

BAB 6:  PENGURUSAN SUMBER   Pengurusan maksudnya ialah mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, seelok-eloknya kerja dan tanggjungjawab pengurus. Henry Farol menyenaraikan lima aspek utama dalam pengurusan iaitu merancang, megelola, mengawal dan mengarah. Manakala, sumber ialah sebarang bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Konsep Pusat Sumber adalah: ·                 suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. ·                 perkhimatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam belajar. ·                 koleksi bahan yg disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan ·            ...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pen...