Langkau ke kandungan utama

BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


  BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

 Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.

Pengurusan pembelajaran merupakan proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar oleh guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan lancar sebagaimananya ia dirancang.

Konsep yang digunakan dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar:
  • MERANCANG
  • MENGARAH
  • MENGAWAL
  •  PENGALAMAN
Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar yang dilakukan di sekolah ialah seperti berikut:

  • Dibahagikan kepada mengikut bidang pengurusan iaitu akademik dibawah akademik, disiplin dan sahsiah dibawah penilaian PKHEM, kokurikulum dibawah PKKO dan pentadbiran di bawah PK1. 
  • Semua guru bekerjasama menguruskan pelajar, semua guru adalah guru disiplin dan guru kokurikulum.
  • Menitikberatkan bidang kokurikulum sebagai selari dengan kokurikulum.
Pengurusan dan Pembelajaran yang dilakukan di sekolah ialah seperti berikut:
  •  Pembelajaran abad ke 21 dilaksanakan menekankan komunikasi antara pelajar dan guru.
  • Menerapkan nilai murni dalam diri pelajar
  •  Melaksanakan pelbagai program untuk menarik pelajar untuk belajar di sekolah.
Kesimpulan:
Pengurusan dan pembelajaran yang efektif sangat penting untuk proses pembelajaran pelajar yang berkesan. Setiap guru berfungsi sebagai pengurus hal ehwal yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan PdPc berjalan dengan lancar di dalam kelas dan menetapkan peraturan untuk mengawal keadaan pelajar. Bilik darjah merupakan satu ruang yang penting untuk menjayakan proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk menambah ilmu. Selain guru, ibubapa juga memainkan peranan dalam meningkatkan tahap pengurusan dan pembelajaran di sekolah. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. 2.       ISI PENTING Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mere...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pen...

KPS 3014 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN)

KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN) www.blogspot.com/pengurusanpembelajaran2019 BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran malah akan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengurusan biasanya adalah untuk mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kerja kepada pelajar supaya kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut,  Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan . Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh   pengalaman yang dilalui ( Slavin 1997, Mazur 1990, Rocklin 1987). Namun begitu ,   perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan tumbesaran   bukanlah merupakan...